FOLLOW | DASHBOARD.
Instagram
Entry About Shout Gallery Creds


Talasemia ? Whats that ? kuih ? Jajan ? ohh i know , ice cream name -,-
Those yg sempat baca post aku sblum2 ni, sblum ak msukkan dalam draf , aku ucapkann tahniahh . lewls ? 

patutnya medical check-up aku dah habis harituu . memang dah siap pun semua . tapi , lepas jumpa doktor . doktor tu suruh ambik darah lagi . dia kata , dia mengesyaki aku menghidap Talasemia . weyyy ?? mana ada aku talasemiaa . aku sihat walafiatt je doktor pun . korang tau tak talasemia tu apa ? baca yg aku copy dari wikipedia nih ,


Talasemia (bahasa InggerisThalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).
Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.
Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.
Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl. Mereka yang mengidap Talasemia mempunyai kelebihan melawan penyakit Malaria.


sebelum tu aku nk tanya , korang nmpak muka aku pucat ke ? lel , tadekann . pelikk betul doktor tu ckp aku talasemia .okay , korang faham tk talasemia tu menda ?atau korang rasa tak faham jugak . ringkasan dia kakak aku cakap , aku punya sel darah merah bentuk bukan biconcave .. kan korang belajar time form 3 bentuk red blood cell biconcave shape .. jadi nak fahamkan korang , darah merah aku ade yg bukan bentuk mcm tu. *aku pun wonder ape bentuk darah merah aku exactly .. bentuk kuih bulan ke ?*  sebanarnya bacaan bagi red blood cell aku tu rendah sikit je . tak bnyak pun . tade la sampai 10g/dl . so , aku ni disyaki je lah . kenapa aku disyaki kena ambik darhh lagiiii ?? =OOOOO haritu medical check-up tangan kiri .. semalam(isnin) tangan kanan . besok lusa kalau kena ambik lagi , maybe kt kaki la pulak Y__Y  . sakit tau dak . ada sstngah orang yg tak rasa pun kalau orang ambik darah dia . but , aku bukan orang yg 'sstangah ' tuu . T__T darah dh la kluar bnyakk .aku harap sangat keputusan (sebulan baru tau) nanti tada pape . hmm , kalau ada .. hancur musnah lah impian aku nk ke asramaa . doakan aku sihat tau ..=))) 





OLDER POST / NEWER POST